Kisah berkat disebalik membaca BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.

::Come back::

* Gilek mimpi ape ntah malam ni, tetiba je nak buat 'COME BACK' kat blog ni. Dah lebih 2 bulan aku x jadi blogger ni sampai aku sendiri pun dah lupa password apa aku letak masa first create dulu2...Hish kuat makan semut kot...Astagfirullah...

* So terpaksalah aku recovery balik password ni.. nasib baik bleh, kalau x tak berbloglah aku..hahaha. Malam ni tetiba je rasa gatal tangan nak menaip kat blog ni, hish bukan nak study budak rozie ni....Itulah aku...

* Aku bukan apa sebelum ni busy ngan study n final project yang aku buat dalam masa 2 minggu...gilek r, orang lain buat berbulan-bulan aku pulun dalam 2 minggu...nasib baik siap walaupun cibai je, tapi aku puas ati jugalah sebab siapa suruh aku buat dalam 2 minggu je...Tulah orang kata "Ingat masa lapang sebelum sempit" macam lagu nasyid kumpulan Raihan, aku memang minat gilek Group tu time diorang famous dulu2, sekarang pun minat jugak walaupun aku x pernah beli Album diorang. Semua artis kot aku x pernah beli Album diorang, biasalah aku ni kedekut duit sikit...eh banyaklah kau bab2 cam gitu...huhuhu...

* Berbalik cerita final year project aku...huh kecut perut juga klau aku fikir...banyak gilek cabaran aku waktu buat fyp tu...Mana x nyer...3-4 kali laptop ak hantar kedai(format) sampai orang kedai 2 pun dah kenal muka aku ni...huhuhu, malu gaklah...tapi terpaksalah wat muke sposen je sebab dah terpaksakan...bukannya aku x tahu format sendiri, tapi x de masa ngan tak cukup kelengkapan nak format sendiri...bajet pandailah kononnya...hikhikhik..padahal hampeh..huhuhu. Nasib baiklah orang kedai tu sporting bila aku gesa nak cepat pakai laptop 2 dan nak backup semua info...Fuh selamat system fyp aku.

* Lepas siap present fyp pulak..kena pulun wat report n exam final...skali lagi kelam-kabut hidup aku. Dahlah waktu wat report 2 laptop aku wat hal lagi..S@^* tollah. Tapi boleh aku relaks jer. Rileks punya pasal skali bila aku wat hard cover tuk report 2, bleh orang kedai 2 salah buat atas color 'Dark Blue' sepatutnya 'Dark Green'. Yang color Dark Blue 2 tuk master punya...aku taulah aku bercita-cita nak sambung master, tapi belum tiba masanya agi...Huh x sabar betul. Nasib baiklah supervisor aku terima gak report tu, tapi letak dalam laci meja dialah...Lagi sian, x dapat pamer langsung...lantaklah janji aku dah hantar report 2....Inilah cabaran tuk budak2 final year kot...Harap2 lepas semua subject semester ni....Amin.

* Sepatutnya malam ni aku nak study tuk 3p lak...dah brapa hari 3p stat, tp satu habuk pun ak x stat study agi... tinggal 3 hari agi nak habis kursus ni...gilek r... pantang buka je buku, aku yang rebah dulu...rozie2...Oklah sampai sinilah entry tuk hari ini, jumpa di lain hari..Bila? Aku sendiri pun x tau...bila tangan aku gatal agi kot..hehehe...Wasalam

###########>>>>>>>>>>>rozie cepat study<<<<<<<<<<<#############

1st day creating blog

Akhirnya aku berjaya membuat blog aku sendiri. Walaupun aku agak ketinggalan(jakun) dalam membuat blog ini daripada kenalan-kenalanku yang lain, akhirnya selepas semalaman blogku siap jua(ni kes internet yang sangat lembap...eh!eh!salahkan internet pulak).Sorry to internet vendor...he3.Aku pun tak pasti kenapa tetiba je aku nak wujudkan blog sendiri ni. Sebelum ni aku tak kisah pun tentang blog(semualah) walaupun ramai yang mengajak aku membuat blog ni bersama-sama.So far setakat inilah dulu coretanku. Aku pun tak tau nak mencoret apa lagi kat sini. Kepalakupun dah pening gara-gara nak buat blog ni dan hari minggu ni masih awal lagi. So apalagi, sambung mimpilah(zzzzzzz). Siapa-siapa nak jadi follower, silalah add yer. Maaflah klau blog ni biasa-biasa je(not interesting), almaklumlah "budak baru nak blajar tulis blog".Aku akan cuba baiki dari semasa ke semasa. Ja.sayonara....